Tuesday, January 13, 2009

Selangkah ke Alam Batin



video

video


Ini merupakan sedutan dari filem pertama oleh Mahaguru Dato’ Haji Omardin Mauju. Filem yang berjudul ‘Selangkah Ke Alam Batin’ atau dalam judul inggerisnya ‘One Step Into The Beyond’.

Satu Respons to “Selangkah Ke Alam Batin”

1. Selangkah Ke Alam Batin Bhg 2 « PSSLM Cawangan Taiping Berkata:
September 10, 2007 at 9:29 am

[...] Ke Alam Batin Bhg 2 Jump to Comments Silat Body Conditioning Sambungan daripada klip video pertama Selangkah Ke Alam Batin. Dalm klip ini juga ditunjukkan Tn. Hj. Megat Zulkarnain (anak mahaguru) [...]

Monday, January 12, 2009

SAJAK SILAT LINCAH

SALAM JEBAT SALAM PANGLIMA

SEMANGAT JEBAT SEMANGAT PERWIRA

INILAH HAKIKAT YANG KAMI BAWA

SILAT LINCAH PUSAKA BANGSA



DI PULAU BESAR DI TANAH MELAKA

KELAHIRAN LINCAH TANPA TERCELA

DI SINILAH BERSEMADINYA JEBAT PERKASA

MATI BERDARAH BUKTI PENDEKAR



ABAD DATANG ABAD YANG PERGI

BANYAK YANG TUMBANG DAN BANGUN KEMBALI

AKHIRNYA TEGAKLAH SENI LINCAH

MENJADI PERTUBUHAN SILAT DI MALAYSIA



HIJAU, KUNING, MERAH LAMBANG LINCAH

TANDA SEMANGAT DARAH SATRIA

PUTIH BERSIH JIWA NAN SUCI

AMALAN LINCAH SETIA DI HATI



JEBAT…JEBAT SEMANGAT KAMI

SIMBOL KEAZAMAN KEKUATAN JATI

SEMOGA LINCAH HARUM MEWANGI

LAMBANG KEBUDAYAAN NEGARA INI



KEMASHYURAN LINCAH SUKAR DISANGKAL

DI DESA, DI PEKAN RAKYAT MENGENAL

MAHAGURU DATO' HAJI OMARDIN PEJUANG UNGGUL

BAPA PERSILATAN YANG PALING AGUNG



KINI TERSEBAR DI NUSANTARA

NEGARA ASEAN DAN JIRAN TETANGGA

DOA KAMI LINCAH KEMUKA
MENJADI BARISAN PERTAHANAN NEGARA

kem motivasi dan hari keluarga silat lincah (KUIS)









 KEM MOTIVASI DAN HARI KELUARGA SILAT LINCAH KUIS






  1. PENGENALAN

Penting sebuah motivasi atau kem jati diri dalam sebuah persatuan ini supaya individu dapat memahami setiap perkara yang berkaitan mengenai seni mempertahankan diri dan peka dengan situasi sekeliling selain dapat menjalinkan hubungan rapat antara satu sama lain. Jalinan persahabatan dalam perhubungan adalah titik tolak di mana seseorang itu dapat berkomunikasi dengan khalayak dan sikap seumpama ini seharusnya dipupuk dan ditanam dalam hati setiap individu. Oleh itu, dengan wujudnya Kem Motivasi Dan Hari Keluarga Silat Lincah ini dapat melahirkan satu semangat setia kawan dan saling membantu di antara satu sama lain. Di samping itu juga, diharapkan kem motivasi ini mampu meletakkan kita sebagai satu persatuan yang menitikberatkan hubungan silaturrahim di antara ahli sebagai teras pembangunan ummah.


  1. OBJEKTIF


§ Sebagai langkah awal dalam melahirkan insan yang berilmu, beriman, beramal, berwibawa dan bertanggungjawab.

§ Membentuk mahasiswa/mahasiswi yang berkeyakinan tinggi, menghargai diri dan berfikiran rasional dalam setiap tindakan.

§ Mengukuhkan dan memperbaiki akhlak, ibadah serta amalan praktiknya.

§ Menjalinkan hubungan silaturrahim dan mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli pesilat baru dan lama.

§ Melahirkan pesilat yang mempunyai ilmu yang luas yang mencakupi aspek-aspek pertahanan diri, jati diri yang mantap, membentuk keperibadian yang luhur dan watak pesilat yang berteraskan nilai-nilai murni.



JAWATANKUASA PELAKSANA KEM MOTIVASI DAN HARI KELUARGA SENI SILAT LINCAH MALAYSIA ( PSSLM ) KUIS

SESI 08/09

PENASIHAT 1

Encik Abdul Rahman Bin Hidzir

PENASIHAT 2

Encik Mohd Nufran Bin Mohd Suhaini


PRESIDEN

MOHD RIDZWAN BIN ABDUL MANAF

PENGARAH PROGRAM

Saudara Mohamad Fandey Bin Padzin


TIMBALAN PENGARAH

Saudara Abdul Fattah Bin Abdul Aziz


SETIAUSAHA

Saudari Fatiatun Nadiah Binti Mat Radi

Saudari Hanarisma Idawati Binti Abdul Hanan


BENDAHARI

Saudara Abu Ahnaf Bin Abu Bakar

Saudari Nur Dini Binti Mahmud


BIRO PUBLISITI DAN MAKANAN

Saudara Ahmad Abdullah Bin Jaafar

Saudari Nurul Filzah Binti Bakhtiar


BIRO PROTOKOL DAN DISPLIN

Saudara Abu Ahnaf Bin Abu Bakar

Saudari Hanarisma Idawati Binti Abdul Hanan


BIRO TUGAS – TUGAS KHAS DAN PENGANGKUTAN

Saudara Amir Husain Bin Jumari

Saudari Nor Fatin Binti Sharip


BIRO KEBAJIKAN DAN TAJAAN

Saudara Mohd ‘Ammar Bin Azali

Saudari Azma Liza Binti Azlan


FASILITATOR-FASILITATOR

Encik Mohd Nufran Bin Mohd Suhaini

Saudara Abu Ahnaf Bin Abu Bakar

Saudari Nur Dini Binti Mahmud




AMANAT Y.M. DATO' MAHAGURU MASTER HAJI OMARDIN BIN MAUJU

“Orang-orang melayu yang mempunyai personaliti unggul yang berhemah dan berbudi tinggi, berjaya dalam pengajian dan segala bidang yang diceburi”, begitu lah saranan YAB. Perdana Menteri yang juga Ulul Amri II PSSLM, mencabar orang-orang melayu meningkatkan usaha dan menaikkan imej maruah bangsa.
Budaya berhemah, berbudi bahasa, berdisiplin dan kesetiaan adalah amalan dan teras kepada PSSLM. Budaya inilah yang menjadi tunjak kekuatan PSSLM. Budaya inilah yang telah menyemarakkan perkembangan PSSLM sejak ditubuhkan empat dekat yang lalu, bermula dengan lima orang anak murid dan kini telah menjangkau lebih 800,00 ribu anak murid di dalam dan serata dunia, telah menganuti dan mempelajarinya. Satu jangka masa yang lama. Satu jumlah ikutan yang boleh dibanggakan.

Mencukupikah kita dengan pencapaian ini? Mungkin dari saya ia adalah satu pencapaian diri tetapi PSSLM dizahirkan bukan untuk saya mendabik dada tetapi untuk orang Melayu memertabatkan budaya Melayu untuk memberi kesinambungan warisan Hang Tuah, Hang Jebat, Mat Kilau, Tok Bahaman…Wira Melayu… yang telah berjaya mempertahankan dan memperjuangkan budaya yang telah terbukti menjadi teras kekuatan Melayu. Budaya yang disegani dan dihormati oleh kaum lain dan masyarakat antarabangsa.
Bersesuaian dengan saranan Ulul Amri II kita, pemimpin yang kita sanjung, haruslah kita sambut saranan itu dengan penuh kesetiaan mengorak langkah, langkah yang membawa kita ke arena global, langkat yang bukan hanya untuk mempertahankan diri, bukan hanya gelanggang seni tetapi langkah yang lebih dalam, langkah yang dapat menimba kekuatan mental, ketahanan diri, berdisiplin dan berwawasan untuk melahirkan jaguh, melahirkan ilmuan, mampu bersaing, mampu menterjemah, mencipta ilmu Al-Quran untuk kebaikan ummah. Inilah tanggungjawab kita sebagai pewaris kepada generasi Melayu yang akan datang. Kita mesti membarakan slogan “ TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA “. Kita lah pembawa bendera ini.

Inilah amanat saya, inilah agenda yang hendak saya cadangkan kepada PSSLM, agenda utama untuk sepuluh tahun yang akan datang. Agenda yang mampu untuk melahirkan Wira Negara. Wira Melayu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Wira bertaraf global.

SEJARAH RINGKAS DAN PENCAPAIAN


YM. Dato’ Haji Omardin bin Mauju, Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) telah dilahirkan pada 29hb Mei 1941 di Puchong Selangor. Bermula dengan 5 orang anak murid, beliau mengembangkan Silat Lincah pada tahun 1963 di gelanggang pertama di Kampung Puah sehinggalah mempunyai keahlian seramai 800 000 orang di Malaysia dan 30 000 orang di luar Negara. Pertubuhan yang diiktiraf mempunyai keahlian teramai dan terunggul dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Record edisi pertama ini telah sah didaftarkan pada tahun 1969 dan berkembang ke serata dunia.

Dato’ Haji Omardin telah membawa Silat Lincah terkenal sehingga mencapai banyak kejayaan yang berjaya menaikkan maruah dan martabat bangsa melayu. Antara kejayaan tersebut seperti menubuhkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Federasi Silat Antarabangsa (PERSILAT), mengadakan demonstrasi peringkat dunia secara besar-besaran pada 1976 dan berjaya menyatukan Seni Beladiri yang ada di Malaysia dibawah Majlis Seni Mempertahankan Diri Negara (MARCIL). Terkini, hasil usaha Dato’ Haji Omaridn maka hari ini wakil daripada Silat Lincah iaitu Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Haji Omardin berjaya memenangi kerusi Naib Presiden Kesatuan Beladiri Dunia (WoMOU) yang berpusat di Korea Selatan. Selain itu, PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan-perhimpunan besar dan pada perhimpunan di Pulau Pinang 1975, ianya telah menarik seramai 100 000 penonton menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi kebatinan.

Namun apa yang lebih membanggakan, walaupun beliau menghadapi pahit jerih, kepayahan dan pelbagai rintangan dalam mengembangkan budaya melayu ini namun beliau telah berjaya menjadi seorang pemimpin yang dapat mempertahankan sebuah organisasi begitu besar selama 43 tahun tanpa berpecah belah dan hasil daripada itu maka hari ini Silat Lincah merupakan satu seni yang menjadi jambatan budaya kepada Negara luar dan bangsa asing di dalam memperkenalkan budaya utama orang melayu apatah lagi kejayaan beliau membawa pemimpin-pemimpin Negara iaitu Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas sebagai Ulul Amri I, YAB. Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Ulul Amri II dan YAB. Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Ulul Amri III.